Tuesday, September 17, 2019

Refleksi: Kesan Senaman Terhadap Fisiologi Badan Manusia


Related image


  Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Ketiga 2002 mendefinisikan bahawa kesihatan sebagai sihat, segar dan keadaan yang baik justeru mempunyai kesejahteraan daripada aspek fizikal, mental dan sosialJadi, pihak kementerian telah mewajibkan pelajar PPISMP di IPG seluruh Malaysia untuk mengambil subjek GKK 1043 iaitu Kesihatan dan Kecergasan Diri bertujuan untuk melahirkan guru yang sihat tubuh badan dan pemikiran.Oleh itu, ujian SEGAK dan ujian Bleep merupakan peperiksaan bagi subjek ini yang berbentuk amali.
    
    Kecergasan fizikal terbahagi kepada dua kategori, iaitu dalam aspek kesihatan dan aspek perlakuan motor. Ujian SEGAK atau yang sebenarnya ialah Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan melibatkan beberapa komponen yang akan diuji terhadap setiap pelajar. Ujian SEGAK ini diadakan untuk menguji aspek kesihatan diri pelajar. Komponen-komponen dalam ujian SEGAK adalah seperti body mass index (BMI), naik turun bangku, tekan tubi,ringkuk tubi separa dan jangkauan melunjur. Justeru, tujuan ujian Bleep pula untuk menguji tahap stamina para pelajar. Setiap pelajar perlu melalui dua ujian, iaitu ujian pra dan kemudiannya ujian post.


Image result for bmi ujian segak


      Pertama kali saya membuat ujian pra pada 8 Julai 2019, catatan BMI saya adalah 16.94 dengan berat 37.1 dan berketinggian 148.2 cm. Ukuran BMI itu menunjukkan komposisi badan saya berada dalam keadaan kurang berat badan. Pada ujian post, catatan BMI saya bertambah sedikit iaitu 17.49. Pertambahan berat badan yang sedikit ini berlaku kerana saya melatih diri untuk mengamalkan pengambilan makanan yang berkhasiat.

    Ujian naik turun bangku pula, kadar denyutan nadi pada ujian pra adalah 140 denyutan nadi seminit manakala pada ujian post kadar denyutan nadi meningkat kepada 180 denyutan seminit. Hal ini menunjukkan bahawa metabolisme dan stamina saya semakin lemah kerana saya semakin kurang melakukan senaman pagi mahupun petang kerana sibuk menyiapkan kerja-kerja khusus yang perlu dihantar mengikut tarikh yang ditetapkan.

     Ujian tekan tubi pada peringkat pra saya mencatat sebanyak 18 kali, namun begitu pada ujian post saya mampu buat dengan lebih baik iaitu sebanyak 26 kali. Peningkatan ini menunjukkan bahawa kekuatan otot biceps dan otot triceps saya semakin kuat.Saya mampu menampung berat badan saya dalam jangka masa yang lama dengan melakukan aktiviti yang berterusan.



Image result for otot otot manusia



     Untuk ujian ringkuk tubi separa pula, pada ujian pra saya dapat buat sebanyak 12 kali tetapi bagi ujian post pula saya dapat membuat sebanyak 15 kali. Dari sini saya nampak, berlakunya sedikit pertambahan daripada sebelum ini. Hal ini menunjukkan otot abdominal saya semakin kuat dan mampu menampung berat badan ketika melakukan senaman berkaitan otot abdominal.

     Ujian pra bagi jangkauan melunjur saya adalah 30.5cm,manakala bagi ujian post pula saya dapat 32cm. Hal ini menujukkan tahap kelenturan badan saya dalam keadaan baik.Kelenturan penting bagi seseorang manusia untuk mengelakkan kecederaan terutama bagi seorang atlet kerana kehidupan seharian kita yang sering melakukan aktiviti secara berulang-ulang.Oleh itu, tahap kelenturan yang baik akan mengurangkan risiko kecederaan.

     Seterusnya, ujian bleep. Pada ujian pra saya mencapai level 3.1, manakala pada ujian post pula saya berjaya mencapai level lebih tinggi iaitu 4.5. Hal ini menunjukkan  stamina badan saya ketika berlari dalam tahap yang baik. 



Image result for bleep test




Rujukan:

Khairudin bin Saidin et al (2016), Buku Teks Sains Sukan Tingkatan 4, Terbitan :
Aras Mega (M) Sdn. Bhd.

Nelfianty Binti Mohd Rasyid et al (2017), Buku Teks Sains Sukan Tingkatan 5,
Terbitan :  Aras Mega (M) Sdn. Bhd.

Refleksi, S. (n.d). Tugasan 4 Penulisan Refleksi Menurut Kamus. Dimuat turun daripada


         

4 comments: